Article Info

Automatic Probability in the Bayes Algorithm for Conversational Agent Application

Nazlia Omar, Masnizah Mohd, Yusman Jamat
dx.doi.org/10.17576/apjitm-2013-0201-03

Abstract

Agen bualan merupakan salah satu aplikasi yang boleh diguna untuk mendapat maklumat secara dialog mengguna bahasa tabii. Kajian ini mencadangkan alkhwarizmi Bayes yang mengguna nilai kebarangkalian yang dijana secara automatik untuk mentafsir kehendak pengguna kerana dialog ada kalanya membawa maksud yang samar atau mengandungi maklumat yang tidak lengkap. Teknik ini diaplikasi ke dalam agen bualan untuk melihat keberkesanan kaedah yang dicadang. Agen bualan yang dihasil mengguna persekitaran Bahasa Melayu sebagai bahasa interaksi. Selain itu, agen yang dihasil mampu menganalisis keperluan individu tanpa memerlu input yang lengkap daripada pengguna berdasarkan analisis dan pengemaskinian nilai kebarangkalian yang digunakan dalam pengiraan alkhwarizmi Bayes.

keyword

Alkhwarizmi Bayes, Padanan Corak, Agen Bualan

Area

Knowledge Technology