Article Info

Domain Ontology Development Framework: The Thesaurus, Reference Source, Knowledge Engineer and Domain Expert Approach

Siti Farhana Mohamad Hashim, Juhana Salim, Shahrul Azman Mohd. Noah
dx.doi.org/10.17576/apjitm-2014-0302-06

Abstract

Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh para pengguna dalam pencarian maklumat menerusi Internet. Kajian lampau mendapati pengguna berhadapan dengan masalah penggunaan kosa kata dalam mencari maklumat menerusi web. Kajian terkini membukti tesaurus adalah berguna dalam membangun ontologi yang terbukti dapat membantu penyediaan istilah yang piawai dan dapat menjimat masa pembangunan ontologi berbanding dengan pembangunan ontologi yang melibatkan pakar domain secara keseluruhannya. Kajian ini membincang masalah dalam pencarian maklumat tentang Islam dan inisiatif yang diambil bagi menyelesai masalah tersebut. Kaedah kajian yang diguna dalam kajian ini melibatkan pembangunan ontologi berdasarkan kerangka yang mengguna pendekatan simbiotik melibatkan tesaurus, sumber rujukan dalam domain Islam, jurutera pengetahuan, dan pakar domain. Ontologi ibadah yang dibangun diintegrasi ke dalam prototaip sedia ada, iaitu Islamic Extraction System� (I-ES�). Hasil analisis mendapati ontologi yang dibangun berdasarkan kerangka yang dicadang dapat mencapai maklumat yang dapat memenuhi kehendak pengguna.

keyword

tesaurus, sistem capaian maklumat Islam, pembangunan ontologi, jurutera pengetahuan, pakar domain, ontologi domain.

Area

Knowledge Technology