Main Article Content

Abstract

Islam telah memberi sumbangan yang besar dalam perkembangan ilmu falak syarie hasil daripada ketokohan ilmuan-ilmuan Islam silam. Mereka telah memberi sumbangan yang banyak dalam perkembangan falak syarie pada masa yang sama membantu Baitul Hikmah menjadi pusat rujukan dan kajian yang ulung. Di Malaysia, pengajian falak syarie semakin mendapat tempat yang mana kini subjek ini boleh didapati di beberapa Universiti. Walaubagaimanapun, cabang ilmu ini tidak di ajar secara rasmi di peringkat rendah kecuali di beberapa buah sekolah dan sumber rujukan yang boleh didapati adalah daripada perpustakaan awam. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh perpustakaan-perpustakaan awam negeri Perak dan Selangor dalam pengajian falak syarie. Data-data yang dikumpul daripada kajian ini merupakan data primer. Penganalisaan data penting seperti jumlah buku falak yang terdapat di perpustakaan dijalankan untuk perbandingan antara perpustakaan awam. Hasil kajian menunjukkan sejauh mana peranan yang dimainkan oleh perpustakaan awam negeri beserta langkah penambahbaikan dan cadangan dalam meningkatkan kadar efisiensi perpustakaan awam negeri dalam pengajian falak syarie.

Keywords

Falak Syarie, Ilmu, Perpustakaan, Peranan

Article Details

How to Cite
Ali@Mat Zin, A., & Varusai, M. R. (2014). PERANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI DALAM PENGAJIAN FALAK SYARIE: KAJIAN PERBANDINGAN DI PERAK DAN SELANGOR (Roles Played by the Public Libraries in Developing the Studies of Islamic Astronomy : A Comparative Study between Perak and Selangor State). Journal of Al-Tamaddun, 9(1), 67–81. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8671